Shayang Mummy & Daddy..(^_^)

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 23, 2011

.:. graphix design!.:.


be a designer is not a hepi-santai work..BI kamu dh tunggang terbalik.
full stop oke.BM sudah la ye.

aku baru beberapa tahun jd designer dan tak dinafikan bebanan kerja membuatkan aku kadang-kadang tertekan dan stress inilah yang membuatkan aku emosi tidak mengira tempat, siapa, masa dan sebagainya.sampai kadang-kanag aku sedar keemosian aku membuatkan orang sekeliling terasa hati.ishkk..sungguh xelok perangai aku ini!

selepas menamatkan pengajian di Politeknik Johor Bahru dalam jurusan Rekabentuk Grafik,
aku terus balik Kelantan dan kerja di Cinta Sdn.Bhd. Di sini, aku mengenal erti buruh kasar!wahhh..banyak hensem kau kan soh aku kerja sebagai trainer dan dibayar gaji rm600 dengan waktu bekerja dari 8pagi - 3pagi!! siot tak..??? hensem lagi ke ..???
mau aku mampos kan??!! (oke..aku dah cukup emosi -_-' ).

berhenti kerja disitu. aku dapat kerja di area stadium.memandangkan aku seorang je designer di kedai tersebut, maka bebanan kerja semakin menggunung dengan gaji yang menciput! siap bos tak hulur gaji pon 3 bulan terakhir.sekali lagi diulang..
3 BULAN TERAKHIR, TANPA GAJI..
kamu mampu ke kerja tanpa gaji selama 3 bulan berturut-turut??
ye..aku mampu!!owhh..sungguh tabah kamu Elyani! (emosi lagi)..

aku gagahkan lagi diri mencari kerja yang lain dan lama kelamaan aku bosan dan bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang grafikdi USM.wahhh...
waktu belajar adalah menyeronokkan!! 3 semester belajar dengan berbaki 3 semester lagi,
aku mendapat tawaran bekerja di Kementerian Penerangan sebagai pembantu penerbitan.
kerja gomen macam best la kan.aku sanggup tangguhkan pengajian dan
terus melaporkan diri di kementerian tersebut dan ditempatkan di
Putrajaya di Kementerian Wilayah Persekutuan.

di KWP, aku mula bosan sebab gaji tak seberapa tetapi kos sara hidup agak tinggi.
9 bulan kemudian, aku apply kerja di UMK sebab tertarik dengan kerja di negeri sendiri dan sebagai designer (lebih mencabar la konon).
DAN..
aku diterima kerja di UMK sebagai designer yang memenatkan.
lepas berkahwin, kehidupan berubah. aku dah tak balik lewat macam dulu.
jika dulu, waktu balik kerja mencecah pukul 10 malam,
skang nih dah berubah pukul 5 petang. maknanye, habis je waktu bekerja,
aku terus balik.wat pe tunggu-tunggu lagi kan..??
hubby tunggu kat rumah kottt...\(^^)/

sekarang ni, aku agak mula penat dengan kehidupan ni.setiap hari rutin yang sama.
design, fb, belog..design, fb, belog..adus..-_-'

No comments:

Post a Comment