Shayang Mummy & Daddy..(^_^)

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 12, 2011

Sunday, September 25, 2011

PERANAN SUAMI..penting!


Peranan suami..
  • Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang suami ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda. Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga 48 jam lamanya. Jadi untuk menyaksikan baby kuar, maka haruslah siapkan baju untuk diri sendiri melainkan rumah anda tepi pagar hospital
  • Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang.
  • Tenangkan isteri - Peranan si bapa adalah untuk tenangkan isterinya. sekadar pegang tangan pun tak pe..Usap ubun2 ke.. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak yang anda dapat lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.Sangat tenang okeh kalau suami pegang tangan.
  • Kalau perlukan apa2, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan mendapatkan sesuatu untuk kita.
  • Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Sayang boleh... sikit lagi... jangan mengalah sayang... ingat ALLAH" dan lain-lain kata yang mungkin akan menjadikan isteri anda tiba2 ada power untuk teran keluar anak. Kalau Popeye ada salad untuk keluarkan energy dan muscle dia, seorang isteri hanya perlu kata semangat dari anda untuk jadi lebih hebat dari Popeye!
  • Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan. Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah.

Monday, September 19, 2011

PANDUAN MEMILIH NAMA ANAK DALAM ISLAM

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/


Tuesday, August 2, 2011

Baju Raye...??







Weheeeee...raye thun ni ngn hubby sayang.lame tggu saat ni.insyallah semoga beroleh keberkatan bulan puasa nih dan kemeriahan berganda nnt menjelang syawal!!








Next year insyallah leh raye ngn baby!mummy ngn daddy xsaba tau sayang!








Cakap pasal raye, xtau nk decide pkai baju pe nanti.memandangkan perut tgh besar, bju kebaya ofkos la tolak tepi! nak pkai jubah yang blingblingbling pom susah sbb saiz terhad. Tak mo la pakai jubah yang hitam xde bling2..xmenarik untuk raye! kaler baju lak..?ishkk..awal2 dlu sebelom tau preg, dh verangan nk pkai baju turqouise yang pkai time kawen arituh.tapi hanye tinggal kenangan laa..tak mampu badan nih nak masuk dalam baju sekecik dan seramping itu..hoh!! (-_-)'



~Owh..kenangan ngan baju nih..kenangan time kurus..hurmm..~




So, nak kene beli baju baru!kaler..??kaler..?? maroon kot..sebab daddy xde lagi baju melayu kaler maroon..yeyayyy... \(^0^)/

Sunday, July 10, 2011

MISS U SAYANG!

Assalamualaikum..

Aku dh kaku!!xleh nak wat ape..rindu nye pada insan yang bergelar SUAMI!

Insan pertama yang mengajar aku erti CINTA, SAYANG, RINDU..

Insan pertama yang aku mula sayang lebih dari segalanya..

Insan pertama yang menjadikan aku rase lebih bertuah dari semua isteri di dunia ni.


Abang,

Diri ini hanya untuk abang,

Syurga ini terletak dibawah telapak kaki abang,

Rindu ini hanya untuk abang..SUAMI dan BAKAL DADDY pada BABY yang b kandung sekarang.Hadiah paling bermakna dalam hidup b selain dikurniakan seorang SUAMI yang penyayang!

Terima kasih sayang!





Tuesday, June 7, 2011

Check baby..

Assalamualaikum..

Pagi2 nih saje nk bkk mood yg sememangnye mls bekerja.memandangkan esk ari khamis, ak terus rase nk bercuti.Owhhhh..besh nye klo lepak kat umah xwat keje tp duit masukkkk je..huhuhuh *verangan*


okeh, ak nk cite sket.mlm tadi g check baby.ye la..Daddy xtgk lg baby gerak2 dlm perut nih.teringin la dia nk tgk.^^

So, tepat kol 8mlm, kami pon pegi la klinik panel nih..mak aih..rmai nye orang.pas aku g daftar kat kaunter aku tanye adik yg jage kaunter tu."ramai ke dik nk jmp Dr. Suzi?" "Akak no.2..xramai pon.yang lain nk jmp doc sorang lg..." jwb adik tuh..hee..aku dh tersenyum hepi sbb xyah menunggu lama."Erm..akak timbang dlu ye.." aku pon naik kt penimbang tuh.."62.5kg kak.."

Then, aku pon duduk la tepi hubby aku, bru je nk mnyandar kt kerusi, dgr nama aku dipanggil.."Puan Elyani..." "ok..ok.." Terus aku masuk jumpa Dr.Suzi..ckp sket sebanyak perkembangan baby, ak pon gtau niat nk scan baby sbb daddy dia xnengok lg.. "Last 2 weeks awk mai kan..?ishkk..ari tu 60kg.skang nih 62.5 kg..?ermm..nurse, awk tgk btol2 ke??" tnye dr. suzi."ye doc..sy dh check.." "byk awk naik nih..dlm masa 2 minggu naik 2.5kg.."kata dr.suzi kt aku dan aku hanye mampu tersenyum.aduhaiii..mkin gomok kah aku??

Pastu, ak pon baring kt katil utk scan..tgk kt screen, baby gerak2.my hubby kuarkan hp dia n start merakam."tgk tu..baby awak active.siap luruskan kaki.nampak x?" Dr.Suzi ckp.."Wahh..ye ke doktor?tu kaki dia ehh..?"aku yg terlebih xcited.Eiii..rse sgt xsaba nk tgk baby..time scan, ak nmpak jantina dia..boy??gurl??lek ahh..xleh keco2 lg.tu scan itam putih.nth2 lain kite tgk lain yg kuar nnt.so, lek udah ye.ehhehe..Dr. Suzi tunjukkan kepala, jantung, tulang belakang, mata n hidung, tangan baby yg suke gerak2 dan sebagainye..Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah..semoga bby sempurna sifat, jd ank yg soleh/solehah, dipermudahkan kelahiran dan dimurahkan rezeki..doa mummy utk baby..

Siap sume scan, check bp bagai, aku pon kuar.nmpk muka hubby yg xcited.aku hepi klo tgk hubby hepi.time tu gak rse nk hug dia..saba2...rmai org kot kt klinik tuh.heheh..lps bayar sume, ktorg pon kuar.msk kete, tgk blk rakaman yg hubby rakam td.Alhamdulillah, ank mummy sihat.tu yg terlintas kt ati aku.*rse nk nangis*

"B rse 1 perasaan yg lain la.rse hepi sangat.xtergambar ngn kata2..ke Abg rse canne?" tanye aku kt hubby."Ermm..sama la..abg pon hepi."kata hubby sayang.

Then, ktorg g mkn pastu terus blk umh.^^



Saturday, May 28, 2011

21 WEEKS...!!

Assalamualaikum...berkongsi sedikit info psl perkembangan kandungan pada usia 5 bulan-7 bulan..bgs untuk bacaan ibu-ibu mengandung nih..cekidaut..!!


Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.


Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.


Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.


Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.


Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.


Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.


Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.


Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.




Sunday, May 8, 2011

dah nk masuk 5 month..^^

Sebelum tu.."SELAMAT HARI IBU!!!"

Insyaallah, tahun depan leh sambut ngn baby! Alhamdulillah, aku dh agak sihat utk start blk rutin aku yg agak lama tergendala. Nak wt canne kan, last month aku masuk wad loh!! start 12.4.2011 sampai la 15.4.2011..4 ari membosankan diri dalam wad 1Utara, HUSM dan aku kene masuk air dalam 6 botol. Cerita nye bermula dengan aku tetb demam pada hari ahad. Ngan harapan nk cepat sembuh, aku pon g la klinik mlm tuh. Tp sayang doc plak xde, so aku postpone utk g esk nye. Tp, xsempat nyempat dah..mlm tu gak aku mengalami krisis dalaman yang teruk! 11 kali kot aku muntah tanpa henti (wahhh..mcm lumba lari lak!). esk nye, ak xleh dtg keje (sedey sbb aku jrg ponteng). Pagi isnin ni la aku g klinik n doktor bg ubat biasa je memandangkan aku dah kebah dr demam. bile blk je kt umah, aku jd demam blk yg xteragak2 panas nye. mlm Isnin nih aku muntah 10 kali plak..badan dah lembik, sejuk nye smpai ke tulang hitam tp masuk subuh je aku akan mintak air sejuk ngn En. Hubby..time nih panas seluruh badan. Ari Selasa lagi kronik..ak siap xleh jalan lg..demam makin teruk n my MIL soh aku g hospital terus. En.Hubby pon terus blk dr opis amik aku terus ke emergency kt HUSM tu. start dr ari Selasa tu la aku kne admitted kt wad.huh!



Saturday, March 5, 2011

Pemakanan yang sihat untuk KAMI berdua



Protein

Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara, perkembangan otak janin dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet. Anda digalakkan mengambil protein yang kurang lemak.

Iron (Zat Besi)

Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Sumber ini amat perlu bagi menghindar diri daripada anemia. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. Hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.Makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati.

MAKAN UNTUK DUA?

"Benar! Wanita hamil perlu makan dua kali lebih banyak daripada wanita biasa. Ia tertakluk kepada KUALITI dan bukannya KUANTITI.

Meskipun nafsu makan ketika hamil meningkat, pastikan anda tetap berpegang pada pola makanan yang seimbang."

Calsium (Kalsium)

Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi janin serta melindungi anda daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana susu kaya dengan vitamin, paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium yang mencukupi.

Folic Acid (Asid Folik)

Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida (cacat saraf tunjang) dan menganggu pembentukan otak. Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)

Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.

LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi. Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.

Karbohidrat

Penting bagi menghasilkan tenaga. Ia perlu diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, kekacang, sayuran berkanji (kentang), pasta, dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, sayur-sayuran dan produk tenusu. Kukurangannya boleh menyebabkan anda mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dengan seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada masalah sembelit yang kebiasaannya terjadi pada ibu hamil. Malah kandungan vitaminnya dapat membantu penyerapan zat besi. Namun, elakkan daripada memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikategorikan sebagai “sejuk” dan “tajam”.

Air

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran sembilan gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlahnya jika cuaca panas. Air sangat penting bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi dan pendangan kabur untuk tempoh tertentu.

Vitamin B Kompleks

Sumber ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Boleh didapati di dalam biji-bijian, kekacang, telur, sayuran hijau dan produk tenusu.

Vitamin D

Untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Boleh didapati pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

Vitamin E

Untuk membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang dan sayuran hijau.



Sunday, February 27, 2011

atoiii...muntah dipagi hari


penah dengar symptom morning sickness..??? adusss..tetiap pagi klo bangun mmg aku akan pening+mual+terbang di awangan.besh kn??hellooooo...sgt xmenarik oke! tp ni la sebahagian dugaan untuk membesarkan ank (aminnn..xbaik merungut)

pagi ni aku dengan tidak rela hati mai keje kol 9.15 pagi even opis hour adalah kol 8.00 pagi..sebab nya..??

1) mlm tadi aku mengalami mual+loya(same ke eh..?) yang sangat2 tidak selesa.sib bek en.hubby ade tolong urutkan belakang badan nih.lega sket.

2) En.hubby tinggal aku jap sbb dia kene pegi main futsal..(ngn best fren dia si Nasa tuh, mmg tak penah nk menolak.jaga ati katanye.cehh..)haa..siap tolong wat naikkan bihun utk aku makan tp sesudu je aku dh nk muntah..sambung ye..balik dr futsal, aku yang dh tido kene bangun sebab nk bukak kan pintu bilik n nk mkn ubat.bile dah bangun, mula la tekak ni mual+loya tahap gaban balik.tak pasal2 en.hubby terpaksa mengurut belakang aku balik.cian dia..thnx kanda!

3) Pagi tadi tatkala tgh gosok gigi, aku muntah.siap mandi, aku terpaksa baring sekejap memandangkan mual tak abis2 lagi.

4) oleh yang demikian, aku terpaksa la mai opis lambat.nasib baik bos aku sangat memahami.


Sesampainya diopis, aikkk..mane sume orang pegi..?laaa..meeting la pagi nih.malas ahh join.

so, aku tak g meeting.heheh..kalo tak, mesti dh kene tembak ngn boss besau!ishkk..xkuasa mak!





Saturday, February 26, 2011

Shayang mummy!! ~ 8 minggu~

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.



Sunday, February 20, 2011

aku yang tidak sihat..-_-'

Assalamualaikum!!

waaaa...syuhhhhh..syhuhhhhhhhh..labah2 dh wt sawang kt blog aku nih!atoiiii...

xsmpat update blog sbb lately aku mmg xbpe sihat.al maklum la kan..gini rupenye org xsihat.hurmmm..cuma aku sematkan dlm ati: jgn merungut.tabah ngn ujian dariNya.insyallah...

xnk menaip lg.tdo sbb aku tidak sihat!


Monday, January 31, 2011

itulah sayang..by The Ramlees

Waaaaa...aku tgh gile lgu nih..ITULAH SAYANG!


The Ramlees (Najwa, Liyana Fizi, Mira Tilu & Yuna)

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Sunday, January 30, 2011

hepi day!

owh...sgguh suke ati aku arinih..byk sebab.dan diantara sebab nye jgk adalah:

1) de org view blog aku even aku tak expose pada sape2.^^ thnx to http://www.suhaila-artwork.com/ .nice blog oke!i luv kek n cupcake!nyummy~~~

2) adik aku..yana n mira blk petang ini!oleh yang demikian, akan kecoh la rumah ibarat stadium mohamad ke iv ituw (bak kata en.hubby).yeayyyy..dorg hepi??aku lg hepi!!

3) memandangkan mnghampiri CNY, nenek n atok aku nk mai lepak kt kb.yeayyyy..mish u lahh!!

4) ... berita yg cukup menggembirakan.Thank you, Allah!

Tuesday, January 25, 2011

tek-teki..

oke..pagi2 nih nk berteka-teki..nama tempat ape plg panjanggggggggggggg...??

hahahha...cuba kamu pk..


-_-'


oke fine!


*

*

*


*


*


*

*


*

*

*


*


*



Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

mampu kamu sebut??tergeliat lidah??aku dh siap tersimpul urat gigi dh.cool oke!

Sunday, January 23, 2011

.:. graphix design!.:.


be a designer is not a hepi-santai work..BI kamu dh tunggang terbalik.
full stop oke.BM sudah la ye.

aku baru beberapa tahun jd designer dan tak dinafikan bebanan kerja membuatkan aku kadang-kadang tertekan dan stress inilah yang membuatkan aku emosi tidak mengira tempat, siapa, masa dan sebagainya.sampai kadang-kanag aku sedar keemosian aku membuatkan orang sekeliling terasa hati.ishkk..sungguh xelok perangai aku ini!

selepas menamatkan pengajian di Politeknik Johor Bahru dalam jurusan Rekabentuk Grafik,
aku terus balik Kelantan dan kerja di Cinta Sdn.Bhd. Di sini, aku mengenal erti buruh kasar!wahhh..banyak hensem kau kan soh aku kerja sebagai trainer dan dibayar gaji rm600 dengan waktu bekerja dari 8pagi - 3pagi!! siot tak..??? hensem lagi ke ..???
mau aku mampos kan??!! (oke..aku dah cukup emosi -_-' ).

berhenti kerja disitu. aku dapat kerja di area stadium.memandangkan aku seorang je designer di kedai tersebut, maka bebanan kerja semakin menggunung dengan gaji yang menciput! siap bos tak hulur gaji pon 3 bulan terakhir.sekali lagi diulang..
3 BULAN TERAKHIR, TANPA GAJI..
kamu mampu ke kerja tanpa gaji selama 3 bulan berturut-turut??
ye..aku mampu!!owhh..sungguh tabah kamu Elyani! (emosi lagi)..

aku gagahkan lagi diri mencari kerja yang lain dan lama kelamaan aku bosan dan bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang grafikdi USM.wahhh...
waktu belajar adalah menyeronokkan!! 3 semester belajar dengan berbaki 3 semester lagi,
aku mendapat tawaran bekerja di Kementerian Penerangan sebagai pembantu penerbitan.
kerja gomen macam best la kan.aku sanggup tangguhkan pengajian dan
terus melaporkan diri di kementerian tersebut dan ditempatkan di
Putrajaya di Kementerian Wilayah Persekutuan.

di KWP, aku mula bosan sebab gaji tak seberapa tetapi kos sara hidup agak tinggi.
9 bulan kemudian, aku apply kerja di UMK sebab tertarik dengan kerja di negeri sendiri dan sebagai designer (lebih mencabar la konon).
DAN..
aku diterima kerja di UMK sebagai designer yang memenatkan.
lepas berkahwin, kehidupan berubah. aku dah tak balik lewat macam dulu.
jika dulu, waktu balik kerja mencecah pukul 10 malam,
skang nih dah berubah pukul 5 petang. maknanye, habis je waktu bekerja,
aku terus balik.wat pe tunggu-tunggu lagi kan..??
hubby tunggu kat rumah kottt...\(^^)/

sekarang ni, aku agak mula penat dengan kehidupan ni.setiap hari rutin yang sama.
design, fb, belog..design, fb, belog..adus..-_-'

Saturday, January 22, 2011

.:. nyum~~nyummm..~~.:.

owh meggi..asl kamu ssh nk dimakn?? -_-'

arggghhhh..tetb nk mkn meggi goreng.gara2 kak sha sebut "mee goreng xbesh, meggi goreng br nyummy!!"...

owhh..terus g cafe tanye.."dik, meggi goreng ada?" "sori kak..wt buffet, so xde masakan panas."kata adik itu smbil tersenyum.."owhhh...asl xwt.ishkk..kompem ke?g la tnye chef awk..kot2 dia wt".."mmg xde kak.."

alamak..frusted la plak..asl xde.lunch nnt nk mkn nasik lak.lapo nih..adus, asyik mkn je aku nih.dh nk termuntah sbb asyik sumbat mknan tnpa henti..opsss..tanpa henti??kamu ngape yanie???hehehhe..lapa sbb mlm td mkn ciput je.tggu hubby tp dia lak xnk mkn.ngn malu2 kucing aku masuk dapur n tgk mami ngn mak aji dok mkn.join dorg lah..

mne nk cr meggi goreng besh..??haaa...abg janji nk bwk g mkn meggi ketam..cisss..mne janji2 manis mu sayang??

Monday, January 17, 2011

.:. alahai handbag..:.


aku tgh gile chanel chain handbag..kau mampu??mmg la idak kn..try survey online..gile babas la weiii!!! rm11k kot..yg tu pon dh diskaun.klo blom..??kau mampu??

survey punye survey lg..aku jmp la blog nih nk jual hbg gini dgn hrga rm80.kau mampu??ye..stakat makan ikan kering+budu+ulam aku mampu la..ngn manje nye aku gtau hubby mlm td..
me: sayang..b nk bli hbag nih..
hubby: ....
me: sayang..b nk bli hbag niiii....
hubby: ....
me: adus...snyp wt2 xdgr ke cnne nih?
hubby: ....

alahai mr.suami..kenapa mnyenyapkan diri??ye la2...i bayar sdri.huh~ -_-'

Sunday, January 16, 2011

.:. NEW background desktop.:.

.:. mendesign bg desktop utk kemeriahan mata sdri!.:.


hehehe..tetb mood nk mencantikkan n mengemaskan desktop aku yg sememangnye serabai.ishkk..kecian pc aku nih. tgk keadaan desktop td terus aku cr gmbr2 aku ngn hubby.design siap n save as jpeg dgn pxl 1920 x 1080, terus jd gitu..pergghhh..nth pe2 je design.tp aku jenis suka putih..white is sweet..more white space, more simple for me.hehhe..ckp omputih sket pg2 nih.(^^).oke..wt keje!

Saturday, January 15, 2011

masak2..

adussss..entri besh plak kn??aku dengan senang ati nk masak ari nih..mak mertua de kt umh so, kne2 la wt rajin.heheh..utk pngetahuan, aku dok ngn mak mertua oke~~mak mertua i baik~~

haa..smlm kuar ngn my parents n aku beli la udang..ingt niat di hati nk wt udang celop tepong je tp tetb arini nk wt udang masak lomak cili api.adussss...terangkat beb!

ske je rembat gmbo org laen..ni la kot yg bakal aku masakkan.nyummy!!

aku nih dengan rendah diri nk wt pengakuan yg

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

AKU XPANDAI MASAK! (-_-')
adessss....



.:. so sayang, pls komen xmo lebih2 ye nnt.lap u!.:.

mish my buddies!!

~6 Amanah, SKKK2~

owhh..tetb arini rse rindu teramat ngn kawan2 seperjuangan..dr skolah rendah,
SKKK2--->SMKKK2--->MMU(sebulan je..tp ak de kawan oke!)--->PJB (owhh..mish dem alot!)--->USM--->KWP---> n now..im in UMK!

~~waaa..mmber dr skolah rendah tau!dr darjah 1 n still contact each other.
dr kiri my bbf dahlia elisa ahmad, syuhada izzaty, me (^^)v, nik adzween nik syukri, noorelizawati mamat dan
wan noradilah wan azmee (merangkap jiran dpn umh!)~~


~ngan Mala~

~BTN @ Terengganu~


~urusetia bowling - mmber UMK~

Wednesday, January 5, 2011

.:. 4 JANUARI 2011 .:.

tanggal 4 Januari 2011, papa (my FIL) telah pergi mengadap Illahi pada jam 5.30 pagi di katil No.4, Wad 8 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Innalillah..

arwah papa dimasukkan ke dalam wad setelah jatuh di rumahnya pada 16.5.2010. kol 3pg arwah papa terpaksa dimasukkan ke ICU sebab dh xsedarkan diri.dia koma selama 2minggu..mcm2 dugaan time kat ICU sbb time nih H1N1 tgh hebat merebak! paru2 arwah beberapa kali collapse sbb jantung ngn paru2 dia lemah..kemudian arwah kene tebuk di bahagian tekak untuk memudahkannya bernafas. kemudian arwah mkin stabil tp kne still kt ICU selama 2 bulan.

tepat 1.8.2010, arwah di tukarkan ke wad 8 selatan, bed no.9..arwah smkin stabil dn boleh gerak2kan tangan n kaki.kerap mngadu lenguh (wlaupun xmmpu bercakap!)~2bulan kot terlantar...mau xlenguh..then, arwah kne tukar ke bed no.10 (mknanye arwah mkin oke).
tp Allah SWT Maha Mengetahui apa yg terbaek buat hamba Nya.seminggu je arwah ok n leh siap peggang hp (time bckap ngn Kak Nee kt Aussie), tekanan darah arwah menurun, denyutan nadi pon mnurun, dia ditukarkan ke bed no.4.

time di bed no.4 la papa menghabiskan sisa hidup dia.xmampu bercakap, lama kelamaan pn tangan n kaki dh xmampu digerakkan..hanya pandangan mata yg mmberitahu segala.Ya Allah..kami hanya mampu melihat, memberi kata2 smngat pada arwah.dia kadang2 mampu tersenyum, kadang2 nampak mngalir air mata..

pada hari Isnin, 3.1.2011,8.30mlm mami kol ckp heart rate n nadi arwah xstabil.kami brgegas ke hospital..nampak arwah tercungap2 mcm lelah.mungkin kahak n lendir byk dlm dada..kata doc.
Abg Mail tlg sedut sgala kahak n lendir dlm mulut, dada arwah.keadaan kemudian smkin stabil.alhamdulillah..kami blk jam 11.30mlm.time nih Azim demam dn aku migrin.terpaksa blk awl..=(

Selasa,4.1.2011.. tepat jam 4.30 pagi, mami kol mngatakan arwah mkin xstabil..azim ke hospital tp xsmpat jmp arwah.arwah mnghembuslan nafas terakhir disisi mami tepat jam 5.30 pg. (inalillah..) Arwah telah terlantar dihospital selama 7bulan 19hari..lama sgt..kami redha dengan pemergianmu..

arwah dimandikan di HUSM dn tepat jam 9.30pg, pihak hospital mnghantar ke rumah untuk di sembahyangkan..tgk wajah arwah yg bersih dn dlm keadaan tersenyum, hati kami tenang walaupun sedih xterkira.Arwah papa selamat dikebumikan sebelum menjelang 12tghari..Ya Allah..cucurilah rahmat dan lapangkanlah kubur arwah papa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..AMIN..

Sunday, January 2, 2011